Kanak-kanak di Taska Si Comel Perbadanan Putrajaya diajar mematuhi penjarakan sosial ketika bermain atau belajar bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak ketika tinjauan di taska tersebut pada 3 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Yuran taska: Pengusaha, ibu bapa perlu berbincang

SHAH ALAM, 10 JUN: Pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) diminta berbincang dengan ibu bapa bagi mencari penyelesaian menang-menang berhubung kenaikan yuran, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memahami pengusaha perlu menangung kos lebih tinggi selaras dengan penguatkuasaan tatacara operasi piawai (SOP) yang ketat.

“Keadaan ini sama seperti kedai gunting rambut yang meminta menaikkan sedikit harga kerana perlu membayar apron pakai buang yang sudah tentu ada kenaikan kos.

“Jadi pengusaha taska juga perlu memberi penjelasan kepada ibu bapa kenapa ada pertambahan kos dan kalau ada persetujuan bersama isu yuran tidak akan timbul,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Pada 2 Jun lalu kerajaan membenarkan taska di seluruh negara memulakan operasi tetapi perlu mematuhi SOP digariskan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).


Pengarang :