Rakaman gambar siluet petugas kesihatan Selcare membuat ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Selayang pada 22 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KKM: Semua kes baharu Covid-19 hari ini tidak bergejala

SHAH ALAM, 11 JUN: Kesemua 31 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini tidak bergejala, maklum
Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kesemua 31 kes baharu Covid-19 hari ini adalah tidak bergejala,” kenyataan ringkas KKM di Twitter dipetik.

Daripada jumlah itu, 11 adalah kes import manakala selebihnya penularan dalam negara.

“Hanya satu penularan membabitkan warganegara iaitu kes saringan pusat tahfiz di Selangor,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya hari ini.

Kes bukan warganegara membabitkan kluster Pedas, Negeri Sembilan (16); Kampung Sungai Lui, Selangor (1); kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur (1) dan kes saringan pekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1).

Keseluruhannya, Malaysia mencatatkan 8,369 kes dengan 7,065 daripadanya berjaya sembuh manakala kematian kekal 118 orang.

Situasi sama pernah berlaku di Selangor apabila lapan pesakit dikesan tidak bergejala melalui Saringan Komuniti Covid-19 secara bersiri pada 11 hingga 23 April lalu.


Pengarang :