Orang ramai mencuba perkhidmatan Wi-Fi Smart Selangor. Foto SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

RM17.5 juta laksana inisiatif WiFi, Data Internet Selangor

SHAH ALAM, 30 OKT: Sejumlah RM17.5 juta diperuntuk bagi menjayakan inisiatif WiFi dan Data Internet Selangor yang dijangka memberi manfaat hampir 54,000 pengguna.

Dato’ Menteri Besar berkata program menumpukan mahasiswa, ibu tunggal dan berpendapatan rendah (B40) bagi memastikan agenda pendigitalan dinikmati rakyat.

“Inisiatif ini menyasar golongan B40 dengan menyediakan sambungan internet mudah-alih mampu milik yang dipakejkan dengan solusi pembelajaran dan keusahawanan.

“Ia juga dapat meningkatkan akses sumber pendidikan dalam talian selaras satu norma baharu,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.

Jelasnya, Kerajaan Negeri akan menaik taraf tahap perkhidmatan jalur lebar internet dengan kos lebih rendah bagi menambah keberkesanannya.

Amirudin berkata penempatan WiFi juga disusun semula dengan menumpukan kluster lebih memerlukan seperti perumahan, institusi pendidikan dan kesihatan, pusat komuniti, pengangkutan, sukan serta rekreasi.

Lebih 3,600 pusat akses WiFi Smart Selangor ditempatkan di seluruh negeri setakat ini.


Pengarang :