Petugas kesihatan meletakkan sampel saringan di panel khas ‘buffer tube’ selama 30 minit sebelum dimasukkan ke dalam mesin analisa Standard F200 SD Biosensor untuk mengesan jangkitan Covid-19 dengan cepat ketika program saringan dijalankan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kes di Selangor naik kepada 1,204, empat kluster baharu

SHAH ALAM, 21 DIS: Selangor kembali mencatatkan empat angka kes baharu positif Covid-19 apabila merekodkan 1,204.

Kali terakhir negeri ini merekodkan kes empat angka adalah pada 10 Disember lalu dengan 1,428 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah kes baharu hari ini sebanyak 1,115 kes adalah jangkitan daripada kluster dan saringan kontak rapat.

“Sebanyak 996 adalah jangkitan daripada kluster sedia ada dan baharu manakala 119 saringan kontak rapat, 88 lain-lain saringan serta satu kes import,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham pada sidang media hari ini.

Menurutnya, terdapat empat kluster baharu direkodkan di negeri ini iaitu Kluster Pekapuri di Gombak, Kluster Batu Besar (Klang), Kluster Tower (Gombak) dan Kluster Wawasan (Petaling).

“Pertambahan kes baharu tertinggi di Selangor itu juga melibatkan kluster Sungai Putus 507 kes dan Kluster Pekapuri (202),” katanya.


Pengarang :