BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Putrajaya digesa wujud ‘laluan hijau’ galak kemasukan pelancong asing

SHAH ALAM, 5 JAN: Kerajaan digesa mewujudkan ‘laluan hijau’ bagi menggalak kemasukan pelancong asing selepas vaksin Covid-19 tiba di negara ini pada Februari depan.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian berkata langkah membuka sempadan antarabangsa perlu dibincangkan secara serius tanpa menunggu negara mencapai sifar kes positif wabak.

“Kerajaan harus berbincang dengan negara lain seperti Singapura, Brunei atau Taiwan yang menunjukkan penurunan kes Covid-19. Pelancong boleh gunakan laluan khas untuk masuk ke negara ini dan sebaliknya.

“Apabila rakyat disuntik vaksin, mereka perlu buka ruang kepada pelancong asing kerana itulah harapan untuk merancakkan semula industri pelancongan selepas hampir setahun menunggu,” katanya pada program ‘Bual Bicara Terbelakah Nasib Pengusaha Pelancongan’ malam tadi.

Loy Sian juga menyeru suntikan vaksin percuma kepada rakyat disegerakan supaya krisis pandemik boleh ditamatkan sepenuhnya selewat-lewatanya hujung tahun depan.

“Kerajaan memerlukan RM3 bilion untuk memberi suntikan vaksin percuma kepada rakyat tetapi setakat 80 peratus sahaja manakala bakinya masih belum dikenal pasti jenis vaksin yang akan digunakan,” katanya.


Pengarang :