SHAH ALAM, 3 FEB: Kes baharu Covid-19 kekal mencatat angka 4,000 hari ini dengan 4,284 kes menjadikan jumlah keseluruhan 226,912 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 4,278 merupakan warganegara dan enam kes import yang mana Selangor melaporkan jangkitan tertinggi iaitu 36.7 peratus.
“Sebanyak 3,804 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada wabak ialah 177,794. Sementara itu terdapat 18 kematian melibatkan 17 warganegara dan satu warga asing dari tujuh negeri.
“Kes kematian merekodkan masing-masing sembilan lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 31 hingga 93 tahun,” katanya dalam sidang media hari ini..
Beliau menambah terdapat 48,309 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang mana 307 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 141 memerlukan alat bantuan pernafasan.