Seorang petugas kesihatan menanggalkan sarung tangan getah selepas menjalankan saringan Covid-19 di Petaling Jaya pada 18 Januari 2021. Foto AFP
AGENSISELANGOR

Kes Covid-19 Selangor naik dua kali ganda

SHAH ALAM, 10 FEB: Kes harian Covid-19 di Selangor meningkat dua kali ganda berbanding semalam dengan catatan 1,757 kes.

Negeri itu melaporkan 862 kes semalam selepas hampir dua minggu merekodkan kes empat angka.

Ketua pengarah kesihatan berkata sebanyak 923 kes hari ini berkaitan kluster termasuk 91 kes dari Kluster Industri Wawasan Klang, Kluster Batu 20 Gombak dan Kluster Tapak Bina Persiaran Sepang.

“Kes berkaitan kontak rapat pula sebanyak 629 kes, saringan lain-lain (204 kes) dan satu kes import,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata negeri itu turut melaporkan lima lagi kematian, kesemuanya lelaki berusia antara 61 hingga 89 tahun.

Keseluruhannya, Selangor mencatatkan 82,199 kes sejak pandemik menular dengan 6,691 daripadanya adalah kes aktif.

 


Pengarang :