Dato’ Seri Amirudin Shari pada sesi taklimat Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dipengerusikan Menteri Penyelaras Pasukan Khas Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF), Khairy Jamaluddin pada 22 Februari 2021. Foto Facebook Dato’ Menteri Besar
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor negeri pertama terlibat sesi taklimat suntikan vaksin

SHAH ALAM, 22 FEB: Selangor menjadi negeri pertama mengadakan sesi taklimat bersama Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) secara maya hari ini.

Dato’ Menteri Besar berkata sesi yang dipengerusikan menteri penyelaras, Khairy Jamaluddin membincangkan persediaan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Taklimat menyeluruh diberikan CITF dan Majlis Keselamatan Negara. Fasa pelaksanaan imunisasi bermula lusa melibatkan usaha sama aset serta khidmat kakitangan peringkat persekutuan dan negeri.

“Kerajaan Negeri komited untuk berganding bahu dan bekerjasama bagi menjamin program imunisasi dilaksanakan secara menyeluruh,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Semalam Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan diawalkan ke Rabu ini, berbanding tarikh asal pada Jumaat.

Beliau berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi individu pertama disuntik diikuti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Pengarang :