Petugas Kesihatan Selcare menganalisis sampel Covid-19 ketika program Saringan Komuniti secara bersasar di Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Kembangan, Serdang pada 6 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Anggota polis Serdang manfaat saringan Covid-19 percuma

SERI KEMBANGAN, 7 MAC: Seramai 25 anggota dan pegawai polis Serdang menyertai Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Seri Kembangan semalam.

Pegawai Polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Sarjan Ahmad Ashraf Ahmad berkata ujian percuma itu membabitkan anggota yang bertugas pada program tersebut dan menjaga sekatan jalan raya.

Pegawai Polis, Sarjan Ahmad Ashraf Ahmad bercakap kepada media ketika program Ujian Saringan Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna MPSJ, Seri Kembangan, Serdang pada 6 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Selain memantau keselamatan di pusat saringan Covid-19, kita turut mengambil kesempatan melakukan ujian calitan memandangkan anggota polis turut terlibat aktif dan sering bertemu orang awam.

“Program anjuran Kerajaan Negeri ini bagus yang mana dapat membantu golongan kurang berkemampuan membuat saringan secara percuma,” katanya.

Mengulas mengenai pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) pada program tersebut, Ahmad Ashraf berkata pihaknya berpuas hati dengan kerjasama diberikan orang awam dan semuanya terkawal.


Pengarang :