Vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech dan picagari khas ‘Low Dead Volume’ yang digunakan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

24,211 warga Selangor terima suntikan vaksin setakat 10 Mac

SHAH ALAM, 11 MAC: Seramai 24,211 individu di negeri ini menerima suntikan vaksin dalam kumpulan fasa pertama program imunisasi kebangsaan setakat semalam.

Laporan harian pemberian dos pertama vaksin mengikut negeri menyaksikan Sarawak kekal merekodkan jumlah tertinggi iatu 28,194 individu manakala Kuala Lumpur 20,510 orang.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Twitter, seramai 223,923 individu menerima suntikan tersebut di seluruh negara.

Negeri lain iaitu Sabah mencatat 18,670 individu, Johor (17,476), Perak (17,450), Pahang (17,434), Kelantan (14,982) dan Kedah (14,200).

Terengganu pula seramai 13,070, Negeri Sembilan (10,741), Pulau Pinang (9,811), Melaka (6,258), Perlis (5,241), Putrajaya (3,337) dan Labuan (2,338).

Pada 21 Februari, sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari kilang di Belgium.

Selangor menerima 78,000 daripada jumlah tersebut yang akan mengutamakan wakil rakyat dan petugas hadapan serta diagih secara berperingkat mengikut kumpulan sasaran atau berkepentingan.

Foto Twitter Vaksin Covid-19 @ JKJAVMY

Pengarang :