Petugas kesihatan membuat ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti secara percuma di Dewan Serbaguna MPAJ, Ampang pada 28 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Saringan Covid-19 percuma di Ampang, Bangi hujung minggu ini

SHAH ALAM, 31 MAC: Penduduk Tasik Tambahan, Ampang dan Bandar Baru Bangi disaran menyertai saringan Covid-19 percuma hujung minggu ini bagi mencegah penularan wabak.

Ujian percuma menyasar 1,000 peserta berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Tasik Tambahan, Ampang dan Dewan Serbaguna Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada Ahad ini.

“Orang ramai disaran memanfaatkan saringan percuma untuk mengekang perebakan Covid-19,” kata Pengurus Klinik Selcare Mohamad Noor Md Nasir ketika dihubungi.

Beliau berkata pemilihan lokasi berdasarkan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengenal pasti dan meramal sebaran wabak.

Orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my.

Kerajaan Negeri memperuntuk sebanyak RM6 juta bagi meneruskan saringan percuma di kawasan berkepadatan tinggi dan menyasar golongan berpendapatan rendah.


Pengarang :