Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari melihat keadaan Pangsapuri PKNS Taman Keramat AU2, Hulu Kelang yang rosak akibat ribut pada 29 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Baik pulih bumbung `Flat Colombia’ siap awal, penghuni ceria sambut Syawal

 

SHAH ALAM, 11 MEI: Kerja baik pulih kerosakan bumbung Pangsapuri PKNS Taman Keramat AU 2 di Hulu Klang selesai sepenuhnya, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembaikan bumbung bangunan juga dikenali Flat Colombia ditaja sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Alhamdulillah kerja selesai lebih awal untuk keselesaan penduduk,” katanya menerusi Facebook hari ini. Pengumuman itu dijangka menceriakan keluarga mangsa.

Pada 29 April Amirudin turun padang meninjau kerosakan susulan kejadian ribut sehari sebelumnya serta memberi jaminan pembaikan siap menjelang sambutan Aidilfitri.

Ketika lawatan, beliau menganggar peruntukan antara RM50,000 hingga RM60,000 diperlukan untuk membaiki kerosakan.

Dato’ Menteri Besar turut turut menyampaikan bantuan segera sejumlah RM1,000 serta keperluan barangan asas kepada lima keluarga terjejas.


Pengarang :