Petugas kesihatan Klinik Selcare mengambil sampel ujian kit pantas antigen (RTK-Ag) ke atas peserta Program Saringan Komuniti Covid-19 yang diadakan secara percuma di Dewan MPAJ Pandan Indah, Ampang pada 11 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Saringan percuma empat hari di Gombak bermula hari ini

SHAH ALAM, 18 MEI: Saringan Komuniti secara percuma anjuran Kerajaan Negeri di daerah Gombak bermula hari ini, maklum Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Bermula jam 9 pagi, program diadakan serentak di Dewan Serbaguna MPAJ (DUN Bukit Antarabangsa) dan Dewan Serbaguna MPAJ AU2 (DUN Hulu Kelang).

“Saringan ini diteruskan esok di DUN Sungai Tua (Dewan Seri Siantan) dan DUN Gombak Setia (Dewan Beringin).

“Pada 20 Mei, program diadakan di DUN Rawang (Dewan Batu 17) dan DUN Taman Templer (Dewan Seroja Kampung Bendahara) manakala DUN Kuang (Dewan Serbaguna Kuang) pada 21 Mei,” maklum agensi itu.

Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 DUN mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Setakat ini seramai 8,585 individu disaring melibatkan DUN Kajang, Semenyih, Sungai Ramal, Balakong, Teratai dan Dusun Tua, Lembah Jaya dan Pandan Indah.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 388 kes Covid-19 dikesan dengan hampir keseluruhan melibatkan pesakit tanpa gejala.

Foto Facebook Media Selangor

Pengarang :