Petugas kesihatan membuat ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Orang Ramai Titiwangsa, Hulu Langat pada 10 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 pertama kali lepasi angka 6,000

SHAH ALAM, 19 MEI: Jumlah kes baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini melepasi angka 6,000 dengan catatan 6,075.

Ketua pengarah kesihatan berkata pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 485,496.

“Selangor kekal negeri mencatat kes tertinggi dengan 2,251 diikuti Johor (699), Kuala Lumpur (660), Kedah (445), Kelantan (441) dan Sarawak (323).

“Manakala yang lain, Perak merekod 220 kes, Terengganu (203), Negeri Sembilan (189), Pulau Pinang (183), Sabah (160), Pahang (150), Melaka (122), Labuan (14), Putrajaya (sembilan) serta Perlis (enam),” kata Tan Sri Dr Noor Hashim Abdullah menerusi Twitter hari ini.

Sebelum ini, kes harian tertinggi adalah 5,728 dilaporkan pada 30 Januari lalu.

Dr Noor Hisham berkata kes sembuh pula sebanyak 3,516 menjadikan jumlah kumulatifnya 436,116 manakala kes aktif 47,340.

“46 kematian pula dicatatkan hari ini dan jumlah keseluruhan kini meningkat 2,040 kes,” katanya.


Pengarang :