Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau lokasi program pemberian vaksin kepada penduduk Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya pada 5 Julai 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 5,000 penduduk Mentari Court disaring, 127 positif wabak

PETALING JAYA, 5 JULAI: Seramai 5,797 penduduk Pangsapuri Mentari Court yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) selesai menjalani saringan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata daripada jumlah itu, seramai 127 individu disahkan positif wabak setakat semalam.

“Saringan dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD Petaling. Mengikut trend positif ini, kita jangkakan sekiranya semua 9,000 penduduk disaring, mungkin hampir 500 penduduk positif Covid-19.

“Kita akan berusaha mengesan beberapa lagi penduduk yang belum disaring menerusi Op Ketuk. Setakat ini saya difahamkan kira-kira 98 rumah tidak beri kerjasama,” katanya dalam sidang media di pangsapuri terbabit hari ini.

Sebelum itu, Amirudin meluangkan masa meninjau program pemberian vaksin kepada 1,553 penduduk di situ yang dikenakan PKPD selama 14 hari mulai 1 Julai.

Penduduk Mentari Court menjadi kumpulan pertama dalam negeri ini menerima vaksin dalam kawasan PKPD melalui inisiatif PKD Petaling.


Pengarang :