Peserta menunggu giliran masuk menerima suntikan dalam program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Pasar Besar Klang pada 12 September 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Vaksin bergerak di Dewan Orang Ramai Hulu Bernam esok

SHAH ALAM, 13 SEPT: Program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak diteruskan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam esok, di Dewan Orang Ramai Hulu Bernam.

Program bagi memastikan tiada penduduk negeri ini tercicir daripada menerima pelalian seterusnya akan berada di Dewan Orang Ramai Kampung Nakhoda, DUN Gombak Setia pada Rabu.

Berdasarkan infografik yang dikongsi EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook, program bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Suntikan diberi secara percuma penduduk termasuk warga asing.

Program anjuran Kerajaan Negeri itu bermula di DUN Bandar Baru Klang semalam, diikuti Batu Tiga, Tanjung Sepat hari ini. Manakala, Bukit Antarabangsa dan Batang Kali pada 16 September, Banting, Teratai (17 September), Dengkil serta Kampung Tunku (18 September).

 


Pengarang :