Petugas kesihatan terlatih memantau keadaan pesakit Covid-19 secara maya di CAC hibrid Bandar Tun Razak, Cheras pada 28 Ogos 2021. Foto Facebook Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 catat 4,965 kes

SHAH ALAM, 7 DIS: Sebanyak 4,965 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini iaitu meningkat sedikit berbanding 4,262 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Maklumat menerusi Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan angkat tersebut menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 2,667,999 kes.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow: https://covidnow.moh.gov.my


Pengarang :