Suasana di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kenanga Majlis Bandaraya Shah Alam Seksyen 28 Shah Alam yang menempatkan 44 keluarga mangsa banjir dari Bukit Lanchung pada 8 Mac 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

27 mangsa bah masih berada di pusat pemindahan, 13 di Selangor

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Seramai 27 mangsa banjir daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Melaka setakat pagi ini.

Menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang dikeluarkan pada 8 pagi ini, 13 mangsa daripada empat keluarga masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor yang dibuka sejak 8 Mac lepas.

Di Melaka 14 mangsa daripada tiga keluarga pula masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, daerah Jasin, yang dibuka juga sejak 8 Mac.

Laporan tersebut turut mengatakan bahawa PPS Sekolah RTB Bukit Changgang di Selangor ditutup sepenuhnya semalam.

– BERNAMA


Pengarang :