Rumah Selangorku Residensi Adelia, Kajang. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Projek pangsapuri SelangorKu strata tukar konsep rumah bandar

SHAH ALAM, 14 MAC: Beberapa projek pangsapuri Rumah SelangorKu ditukar kepada konsep rumah bandar bagi menjamin keselamatan penghuninya.

EXCO Perumahan Rodziah Ismail berkata projek itu melibatkan kawasan berhampiran sungai dan cerun yang berisiko.

“Sebelum ini kita tidak benarkan projek perumahan dibina berhampiran kawasan cerun jenis tiga dan empat. Penguatkuasaan kekal sehingga kini.

“Sekarang kita lihat beberapa kejadian tanah runtuh berlaku dan ia membimbangkan. Jadi kami dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor tukar beberapa projek strata kepada rumah bandar,” katanya.

Beliau ditemui selepas melawat penerima bantuan baik pulih rumah akibat banjir di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini semalam.

Minggu lalu kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Bukit Permai 2, Ampang menyebabkan empat maut selain 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.


Pengarang :