Seorang lelaki memakai pelitup muka berjalan melepasi ilustrasi virus di luar pusat sains serantau di Oldham, Britain pada 3 Ogos 2020. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

22,491 kes harian Covid-19 direkodkan semalam, kategori serius kekal rendah

SHAH ALAM, 24 MAC: Sebanyak 22,491 kes harian Covid-19 dicatatkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kategori serius iaitu 3, 4 dan 5 tetap rendah iaitu 165 atau 0.73 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 22,326 kes atau 99.27 peratus.

“Seramai 6,061 pesakit  sedang dirawat di hospital dan daripada jumlah itu 143 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) tidak memerlukan bantuan pernafasan, manakala 189 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

“Lima negeri mencatatkan penggunaan ICU tertinggi iaitu Putrajaya sebanyak 100 peratus, diikuti Kuala Lumpur (67 peratus), Johor (59 peratus), Selangor (57 peratus) dan Kelantan (52 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 10,601kes (47.14 peratus)
Kategori 2: 11,725 kes (52.13 peratus)
Kategori 3: 71 kes (0.31 peratus)
Kategori 4: 44 kes (0.20 peratus)
Kategori 5: 50 kes (0.22 peratus)

Sebanyak 65 kes kematian dicatatkan semalam, termasuk 15 kematian di luar hospital manakala 26,234 pesakit dilaporkan sembuh semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh kepada 3,771,463 kes.

Beliau berkata, tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah kluster keseluruhan yang masih aktif kekal sebanyak 273.


Pengarang :