EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail (lima, kiri) dan Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato’ Seri Mohamed Suparadi M Noor (lima, kanan) bergambar bersama pelajar tahfiz ketika Majlis Berbuka Puasa Pengurusan Korporat Hijrah Selangor 2022 di Kelab Shah Alam, Shah Alam pada 21 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
SELANGOR

Yayasan Hijrah rai rakan korporat, santuni anak yatim 

SHAH ALAM, 21 APRIL: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) meraikan rakan korporat yang banyak bekerjasama menjadikan Selangor sebagai negeri usahawan dalam satu majlis berbuka puasa hari ini.

Majlis diadakan di Kelab Shah Alam, dekat sini turut menyantuni dan memberi sumbangan duit raya kepada 30 anak yatim dari Pondok Tahfiz Al-Hidayah, Klang.

Antara tetamu yang hadir EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail, Pengarah Eksekutif Hijrah Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor dan Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail (dua,kanan) bersama Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor Dato’ Seri Mohamed Suparadi M Noor menyerahkan sumbangan ketika Majlis Berbuka Puasa Pengurusan Korporat Hijrah Selangor 2022 di Kelab Shah Alam, Shah Alam pada 21 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :