Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (SERVE) 2022 di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK, Shah Alam pada 6 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tinjauan: Anwar popular berbanding pemimpin utama parti lain

SHAH ALAM, 25 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan rakyat Johor sebagai perdana menteri mengatasi pemimpin utama parti lain berdasarkan tinjauan firma penyelidik Endeavour-MGC.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu memperoleh 21 peratus atau 1,068 undian berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendapat 13 peratus, lapor The Vibes.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berada pada kedudukan kedua dengan 18 peratus manakala Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (17 peratus).

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memperoleh 14 peratus undi, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan (empat peratus), Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin masing-masing tiga peratus.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Abdul Rahman hanya meraih dua peratus undi manakala Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang masing-masing satu peratus.

Tinjauan sempena pilihan raya negeri (PRN) Johor pada Mac lalu dibuat melibatkan 55 peratus respondan Melayu, Cina (37 peratus), Indian (tujuh peratus) dan lain-lain (satu peratus).


Pengarang :