EXCO Pemodenan Pertanian Ir Izham Hashim (kanan) memberi sumbangan kepada asnaf terpilih di sekitar Beranang pada Karnival Mantai 2022 di Dewan Haji Md Silin pada 1 Mei 2022. Foto MUSTAKIM RAMLI/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

2,000 kupon diskaun belian daging diedar kepada penduduk susah

HULU LANGAT, 2 MEI: Sebanyak 2,000 kupon diskaun untuk pembelian daging pejal diagih Kerajaan Negeri kepada golongan kurang berkemampuan sempena Hari Raya Aidilfitri.

EXCO Pemodenan Pertanian Ir Izham Hashim berkata edaran kupon bernilai RM10 dibuat setiap tahun bagi meringankan beban penduduk memerlukan ketika musim perayaan.

“Kita bantu kurangkan beban kerana tahun ini harga daging meningkat kepada RM40 dan ini bukan satu-satunya program yang kita adakan untuk membantu rakyat.

“Sejak dari Februari kita anjur program pengurangan harga ayam, telur dan minyak masak. Ini adalah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Karnival Mantai 2022 di Dewan Haji Md Silin Beranang di sini malam tadi. Dalam majlis itu, seramai 10 asnaf turut menerima sumbangan raya.


Pengarang :