Penduduk berarak melaungkan takbir raya sambil memalu gendang dan membawa arca ketika Program Takbir Hari Raya Aidilfitri sebaik sahaja pengumuman raya ketika tinjauan di Flat Taman Setia Balakong, Sungai Besi pada 1 Mei 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor tetapkan cuti Hari Pekerja dianjak ke Rabu

SHAH ALAM, 2 MEI: Kerajaan Selangor bersetuju cuti Hari Pekerja dibawa ke Rabu, 4 Mei selaras pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri yang jatuh pada Isnin.

Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan keputusan mengikut peruntukan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.

“Selaras dengan kenyataan tersebut serta peruntukan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] dan setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Dato’ Menteri Besar Selangor telah bersetuju bahawa Cuti Hari Pekerja di Selangor akan dibawa kepada hari Rabu, 4 Mei 2022.

“Perubahan cuti hari kelepasan am ini turut dipanjangkan untuk diterima pakai kepada pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri,” kata Dato’ Haris Kasim dalam kenyataan.

Pentadbiran Kerajaan Negeri turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berhubung perubahan hari kelepasan am tersebut.

 


Pengarang :