SHAH ALAM, 27 MEI: Sesi temu duga kerja dengan beberapa syarikat akan diadakan di pekarangan Masjid Nurul Ehsan, Kampung Medan esok.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan sesi yang dikhususkan kepada asnaf itu bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.
“Pendekatan LZS kali ini amat berbeza untuk membuka peluang pekerjaan kepada asnaf bagi membantu mengubah masa depan mereka.
“Semoga yang sedang ingin mengubah nasib kehidupan mereka akan dapat merebut peluang ini,” katanya menerusi Facebook.
Semalam, LZS dengan restoran makanan segera McDonald Malaysia dan Mydin Malaysia turun padang menemu duga calon yang bakal melangkah ke alam pekerjaan terutama buat graduan baharu.