Orang ramai membeli barang keperluan asas bagi membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri dalam Karnival Jualan Mega Prihatin anjuran PKPS di Kampung Pandan, Ampang Jaya pada April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Harga sayur dijangka stabil sekitar Jun ke Julai – KPDNHEP

SHAH ALAM, 6 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meramal perubahan harga sayuran yang tidak menentu ketika ini beransur stabil sekitar Jun hingga Julai.

Timbalan menterinya berkata pengeluar dan pembekal sayuran turut memberi jaminan bekalan itu stabil dan senario semasa perubahan harga bersifat sementara atas beberapa faktor, lapor Astro Awani.

Menurut Datuk Rosol Wahid, gangguan kestabilan harga antaranya didorong oleh faktor cuaca, masalah penyakit tanaman dan kekurangan tenaga buruh asing.

“Kita ada terima laporan kenaikan harga sayur tetapi daripada pengalaman yang lepas, kenaikan sayur ini tidak lama, bergantung pada musim.

“Jadi harga sayur ini biasa naik dalam sebulan ke dua bulan maksimum kemudian akan turun mendadak, namun kita akan pantau,” katanya.

Beliau berkata pemantauan turut giat dibuat di premis niaga merangkumi pasar basah, pasar awam, pasar raya dan kedai runcit bagi mengelak manipulasi harga yang boleh menganiaya pengguna.


Pengarang :