Peserta mendaftar sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan pada program Selangor Saring di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Yoke Kuan, Sekinchan, Sabak Bernam pada 5 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Selangor Saring bantu rakyat jalani kehidupan lebih sihat

SABAK BERNAM, 6 JUN: Peserta Selangor Saring menyifatkan inisiatif Kerajaan Negeri mengadakan pemeriksaan kesihatan membantu rakyat menjalani kehidupan lebih sihat.

Tee Boon Sun, 56, berkata beliau tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan yang lengkap biarpun pernah menjalani pembedahan jantung tujuh tahun lalu.

Tee Boon Sun

“Apabila kawan maklumkan tentang saringan ini, saya terus pergi kerana mahu memeriksa tahap kesihatan diri.

“Umur sudah banyak dan kadang- kadang makan pun tak jaga. Apabila Kerajaan Negeri buat saringan kesihatan ini, bagus untuk rakyat,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau ditemui ketika hadir ke pemeriksaan kesihatan program Selangor Saring Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yoke Kuan, Sekinchan semalam.

Kakitangan swasta, Saadah Ahmad Muzakir, 42, berkata beliau bersama suami sanggup datang dari Bandar Tasik Puteri, Rawang untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan Selangor Saring.

“Apabila Kerajaan Negeri umumkan program ini, saya terus memeriksa tarikh di daerah ini tetapi agak lewat.

Saadah Ahmad Muzakir

“Saya tidak mahu menunggu lama dan mengambil keputusan datang memeriksa kesihatan kerana ini peluang yang perlu dimanfaatkan,” katanya.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan  penduduk terutama yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.


Pengarang :