Peserta menghadiri temu duga sempena program Jelajah Jobcare Selangor di Dewan Taman Gombak, Gombak 4 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Karnival Kerjaya Mega hujung minggu ini, sedia puluhan ribu peluang kerja

SHAH ALAM, 6 JUN: Kerajaan Selangor akan menganjurkan karnival kerjaya secara besar-besaran di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 dan Jun ini.

Program Karnival Kerjaya Mega diadakan secara fizikal bermula 9 pagi hingga 5.30 petang dengan disertai lebih 100 syarikat pelbagai sektor yang menawarkan 20,000 peluang kerja.

EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata program itu diadakan bagi
mengurangkan kadar pengangguran di Selangor iaitu 3.2 peratus pada suku pertama 2022.

“Kali ini diadakan dengan skala lebih besar selepas dua tahun dibuat secara hibrid disebabkan tatacara operasi piawai pandemik Covid-19,” katanya pada 12 Mei lalu.

Syarikat terlibat antaranya Kumpulan Perangsang Selangor, Daikin Malaysia Sdn Bhd, DHL Express, DRB Hicom Berhad, Giant Malaysia dan Malayan Banking Berhad.

Agensi lain meliputi Media Prima Digital, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Prasarana Malaysia Berhad, Shopee Malaysia, Sport Direct MST Sdn Bhd dan Toyota Auto Body Malaysia Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut, layari www.SelangorJobportal.com.my.


Pengarang :