Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Ribut petir, hujan dijangka landa Kuala Langat dan Sepang

SHAH ALAM, 8 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Kuala Langat dan Sepang di negeri ini mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 1 tengah hari ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan selain dua kawasan itu, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan juga dijangka mengalami keadaan sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :