Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Sharipah Marhaini Syed Ali bercakap kepada media selepas majlis perasmian Hari Terbuka @ PJ Eco Recycling Plaza sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 dan ulang tahun ke-16 Bandaraya Petaling Jaya di PJ Eco Recycling Plaza, Petaling Jaya pada 9 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBPJ bakal keluar dasar baharu, atasi isu kenderaan terbengkalai

PETALING JAYA, 10 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengeluarkan satu dasar khusus bagi menyelesaikan isu kenderaan terbengkalai.

Timbalan Datuk Bandar Sharipah Marhaini Syed Ali berkata dasar itu adalah susulan kurangnya kemampuan menyediakan tanah untuk dijadikan ruangan menyimpan.

“Kita ambil inspirasi program seperti ini supaya kereta terbengkalai ini dijadikan aset menggunakan kaedah tertentu.

“Buat masa ini, perbincangan sedang diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang mengambil masa beberapa bulan sebelum dasar dikeluarkan,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Hari Terbuka sempena Sambutan Alam Sekitar 2022 peringkat Petaling Jaya di Galeria PJ Eco Recycling Plaza di sini semalam.

Tambah beliau, antara kawasan yang mempunyai lambakan kereta terbengkalai ialah di kawasan flat dan kos rendah.

“Kereta terbengkalai ini mengakibatkan kekurangan tempat letak kenderaan dan mengganggu lalu lintas,” katanya.


Pengarang :