Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan peserta tarik tali pada program Jelajah Selangor Penyayang di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 25 Jun 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pembangunan menyeluruh Kompleks Sukan Shah Alam diumum dalam masa terdekat

KUALA LANGAT, 25 JUN: Keputusan pembangunan semula Stadium Shah Alam akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

Dato’ Menteri Besar berkata pembangunan melibatkan keseluruhan Kompleks Sukan Shah Alam dilaksanakan berdasarkan hasil penilaian jawatankuasa khas selepas menerima cadangan dari pelbagai pihak.

“Ada yang tanya kenapa kita lambat? kita buat berdasarkan keutamaan dengan penilaian dilakukan secara menyeluruh… jika kita buat keputusan ‘repair’ sahaja, tahun lepas kita boleh lakukan.

“Penilaian untuk pembangunan itu bukan sahaja Stadium Shah Alam tetapi keseluruhan kompleks termasuk Stadium Melawati,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Jelajah Selangor Penyayang di Dataran Pantai Morib di sini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas merasmikan Jelajah Selangor Penyayang di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 25 Jun 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Katanya, pembangunan kawasan itu nanti bersesuaian dengan pembinaan transit aliran ringan (LRT) yang sedang dibangunkan.

“Memang kita kena selaraskan balik, kalau tidak ia tidak sekata dengan kemudahan yang ada. LRT mungkin siap pada 2026 atau sebelumnya jadi pembinaan stadium menjadi lebih keutamaan.

“Kita nak lengkapkan dengan LRT supaya ia tidak jauh dan tak menganggu laluan orang ramai untuk ke stadium nanti,” katanya.


Pengarang :