Panggung Sari Istana Budaya. Foto laman web Istana Budaya
AGENDANASIONAL

Pengarah harap peminat filem Mat Kilau tonton teater pahlawan Moyang Saleh

SHAH ALAM, 30 JUN: Fenomena filem Mat Kilau diharap memberi tempias kepada teater Muzikal Moyang Salleh yang bakal dipentaskan di Istana Budaya Ogos depan.

Pengarah teater Roslee Mansor berkata semangat penonton dilihat sangat luar biasa kepada karya yang bersifat kepahlawanan atau patriotik, lapor Harian Metro.

“Kalau dilihat Mat Kilau di layar filem, banyak perkara yang boleh dilakukan di filem, namun di pentas teater juga tentu mereka ingin lihat kelainan kisah patriot, pahlawan yang diangkat seperti Moyang Salleh.

“Kisah Mat Kilau berlatar 1880-an tetapi Moyang Salleh pada 1770-an. Saya harap penonton terpanggil untuk menonton sebuah persembahan bersifat kepahlawanan,” katanya.

Teater yang akan dipentaskan pada 26 hingga 31 Ogos depan dibarisi pelakon antaranya Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Moyang Salleh) dan Khir Rahman (Sultan Abdul Jalil Muazam Shah).

Legenda figura seorang pemimpin bernama Moyang Salleh mengetengahkan konsep perjuangan, pengorbanan, seni dan budaya masyarakat Melayu Negeri Sembilan suatu ketika dahulu.


Pengarang :