Pempamer membantu pengunjung memuat turun aplikasi akhbar Selangorkini di gerai pameran Media Selangor ketika Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor pada 2 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Tarikh baharu jelajah bantuan rakyat di Petaling 24 Julai

SHAH ALAM, 8 JULAI: Program Jelajah Selangor Penyayang yang memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat dijadualkan semula di Petaling pada 24 Julai.

Bermula 8 pagi hingga 5.30 petang, program yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) berlangsung di Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, program turut diserikan dengan persembahan artis, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, pameran dan jualan.

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

Bulan lalu, acara sama berlangsung di Taman Kosas, Ampang Jaya dan Dataran Pantai Morib, Kuala Langat dengan kedua-duanya mendapat sambutan menggalakkan.

Program berkenaan bakal berakhir di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai.


Pengarang :