AGENDANASIONAL

Bayi lelaki lapan bulan maut, jururawat direman tujuh hari

SHAH ALAM, 26 JULAI: Seorang jururawat direman tujuh hari susulan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan dalam kejadian di Sungai Siput, Perak semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata suspek yang juga ibu kandung mangsa ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Berita Harian.

“Proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan mangsa akibat objek tumpul.

“Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang bercerai sejak enam bulan lalu,” katanya.

Menurut Mior lagi, wanita berusia 30 tahun itu direman sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut jika ada individu lain terbabit dalam kes berkenaan.

Semalam, mangsa yang tidak sedarkan diri selain mempunyai mempunyai kesan kecederaan di badan menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.


Pengarang :