GOMBAK, 31 JULAI: Jelajah Selangor Penyayang bagi fasa dua diteruskan ke empat daerah mulai pertengahan Ogos, kata Dato’ Menteri Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penganjuran program di Klang, Sabak Bernam, Sepang dah Hulu Selangor memfokuskan agenda Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dibentang pada Rabu lepas.
“Selain perkenalkan insentif Iltizam Selangor Penyayang, kita juga akan jelaskan empat prinsip terkandung dalam RS-1 iaitu ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus,” katanya,
Beliau berucap ketika merasmikan program jelajah bertemakan Pendidikan Holistik, Generasi Muda Dinamak di Padang Awam Batu Caves, Gombak di sini, hari ini.
Pada Rabu, Dato’ Menteri Besar membentangkan RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM212.44 bilion.
Beliau berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.
Jelasnya, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan dana RM7.16 bilion manakala baki melebihi RM80 bilion dibiayai anak syarikat serta pihak swasta.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2022/07/PPAS-1-500x316.jpg)