Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam program Khayra Ummah sempena Jelajah Selangor Penyayang di Masjid Al Amaniah Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pendidikan kaedah terbaik lahir masyarakat berilmu, berakhlak – MB

GOMBAK, 1 OGOS: Dato’ Menteri Besar percaya sistem pendidikan adalah kaedah terbaik dalam melahirkan masyarakat yang berilmu serta berakhlak.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tanpa pendidikan ia akan membawa kemusnahan yang bukan sahaja kepada individu malah pada masyarakat.

“Saya percaya antara ciri penting dalam melahirkan umat baik dan takwa adalah menerusi sistem pendidikan serta kaedah pendidikan di sekitar.

“Seperti surah yang di baca imam (ketika solat), sesungguhnya kita dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian tetapi apabila tidak melaksana ajaran dengan sebaiknya kita akan terpesong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Bicara Khayra Ummah sempena Jelajah Selangor Penyayang peringkat Gombak di Masjid Al Amaniah di sini.


Pengarang :