Seorang kanak-kanak mengenakan pakaian yang diperbuat daripada Jalur Gemilang pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Parlimen Balik Pulau di SMK Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 24 Ogos 2019. Foto BERNAMA
PBTSELANGOR

MPHS anjur pertandingan swafoto berkumpulan sempena bulan merdeka

SHAH ALAM, 8 OGOS: Penduduk Hulu Selangor dipelawa menyertai pertandingan swafoto berkumpulan dengan Jalur Gemilang bersempena bulan kemerdekaan sehingga 31 Ogos ini.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memaklumkan hadiah wang tunai sehingga RM300 menanti juara yang berjaya menghasilkan karya sendiri.

Menerusi info poster pertandingan, orang ramai boleh menghantar satu gambar sahaja bagi setiap penyertaan secara berkumpulan iaitu tiga orang atau lebih.

Peserta boleh menggunakan kamera digital atau telefon pintar tanpa menggunakan teknik ‘super impose’, ‘trick photograhps’ dan ‘collage technique’.

Mereka yang berminat tanpa menghasilkan gambar yang menyentuh sensitiviti masyarakat boleh mengimbas kod respon pantas yang disertakan untuk maklumat lanjut dan penyertaan.


Pengarang :