Petugas kesihatan mengekstrak sampel saringan Covid-19 bagi mengesahkan status kes di Institut Penyelidikan Perubatan, Shah Alam pada 1 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan baharu naik kepada 4,896 kes, 12 lagi terkorban

SHAH ALAM, 11 OGOS: Jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat dengan 4,896 kes direkodkan semalam berbanding 3,083 kelmarin dan 2,863 hari sebelumnya.

Menurut data CovidNow, hanya dua jangkitan import sementara bakinya 4,894 kes adalah penularan tempatan sekali gus menjadikan angka keseluruhan kes meningkat kepada 4,719,394 setakat semalam.

Turut direkodkan 12 kematian dengan enam daripada adalah kes di luar fasiliti kesihatan (BID), menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 36,056 dengan 7,665 pesakit meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Secara keseluruhan sehingga kini, masih terdapat 44,622 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini dan 96.2 peratus atau 42,942 sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.


Pengarang :