Petugas kesihatan membuat pemeriksaan mata ketika Program Selangor Saring dan Derma Darah DUN Bandar Baru Klang di Klang Parade, Klang pada 7 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Saringan kesihatan percuma di tiga DUN hujung minggu ini (VIDEO)

SHAH ALAM, 11 OGOS: Saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Selangor bagi membantu individu mengesan awal risiko penyakit diadakan di tiga Dewan udangan Negeri (DUN) pada 13 dan 14 Ogos.

Lokasi meliputi Dewan Rozel MBSA, Seksyen U6 (DUN Kota Damansara) pada Sabtu manakala Dewan Rafflesia MBSA (DUN Kota Anggerik) dan Dewan Teratai Batu 17 Rawang (DUN Rawang) pada Ahad.

Menurut EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud, program Selangor Saring mendidik rakyat untuk peka terhadap kesihatan diri seterusnya mengambil langkah pencegahan awal.

“Semua maklum, kos kehidupan semakin meningkat. Begitu juga kos rawatan kesihatan. Jika kita nilai sejujurnya, inisiatif ini menelan perbelanjaan besar dan menuntut kesungguhan oleh Kerajaan Negeri.

“Tidak salah jika dikatakan ini adalah antara inisiatif terbaik dari Kerajaan Selangor. Ingat, sihat dan cergas itu sebahagian besar dari nikmat kehidupan,” katanya di Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan program itu yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

                                   


Pengarang :