EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman (tengah) bergambar bersama sebahagian Ahli Dewan Negeri (ADN) dan ahli Penggerak Belia Selangor (PEBS) yang menyertai Pertandingan Tenpin Boling PEBS XTIV di Sunway Megalanes, Sunway Shopping Mall, Petaling Jaya pada 14 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Belia Selangor anjur pertandingan boling, disertai 250 peserta, ADN

PETALING JAYA, 14 OGOS: Buat julung kalinya Penggerak Belia Selangor (PeBS) menganjurkan pertandingan boling sepuluh pin di pusat beli belah Sunway Piramid di sini hari ini.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata lebih 250 belia daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) menyertai Pertandingan Tenpin Bowling Selangor XTIV.

Menurutnya, pertandingan anjuran Majlis Sukan Negeri Selangor itu bukan sahaja melibatkan golongan belia malah turut dihadiri wakil rakyat setiap kawasan.

“Penganjuran pertandingan ini bermatlamat mengumpulkan belia dengan mengadakan program riadah sekaligus mengeratkan hubungan dan bertukar pendapat.

“Pada tahun ini kita adakan pertandingan boling untuk menyatupadukan golongan ini dan mungkin tahun depan anjurkan aktiviti luar (outdoor),” katanya ditemui selepas merasmikan pertandingan itu.

Antara Ahli Dewan Negeri (ADN) yang hadir ialah Halimey Abu Bakar (Seri Setia); Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama); Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Shatiri Mansor (Kota Damansara).

Turut hadir, ADN Balakong Wong Siew Ki, Lim Yi Wei (Kampung Tunku); Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Bharu), Michelle Ng Mei Sze(Subang Jaya) dan Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang).

Pertandingan bermula jam 2.30 petang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 untuk johan, naib johan (RM700), tempat ketiga (RM500), keempat (RM300) dan dua hadiah sagu hati masing-masing bernilai RM100.


Pengarang :