EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni bercakap pada sidang media selepas menghadiri sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, SUK Shah Alam pada 25 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor pantau sebaran ajaran sesat Hadi Minallah sejak Februari

SHAH ALAM, 17 OGOS: Selangor giat memantau penyebaran ajaran sesat Hadi Minallah sejak Februari lalu berikutan ia dipercayai mula dibawa masuk ke beberapa negeri.

Meskipun tiada kes dikesan setakat ini, EXCO hal ehwal agama Islam mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang akan menjejaskan akidah, lapor Utusan Malaysia.

“Orang awam wajar berwaspada terhadap ajaran yang berlegar di sekitar mereka terutama berkait tiga perkara utama yang menjadi tiang kepada umat Islam iaitu pertama soal keesaan Allah SWT, kedua soal keimanan dan ketiga soal sam’iyyat,” tegas Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Pada 8 Ogos, menteri hal ehwal agama memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengenal pasti lokasi pusat operasi kumpulan ajaran sesat tersebut.

Menurut Datuk Idris Ahmad, maklumat itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk tindakan lanjut.


Pengarang :