Jawatankuasa Khas Agama Budha Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas) V Ganabathirau bercakap kepada media pada Majlis Penyerahan Cek Rumah Ibadat Bukan Islam (Kuil) Fasa 1/2022 di Bilik Gerakan Mtes Bangunan SSAAS Shah Alam pada 19 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Peruntukan I-Seed ditambah, jangka lebih 400 usahawan terima manfaat

SHAH ALAM, 20 OGOS: Lebih 400 usahawan India dijangka menerima bantuan alatan menerusi program Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-Seed) tahun ini.

EXCO pembangunan sosio ekonomi V Ganabatirau berkata setakat ini lebih 200 individu sudah mendapat manfaat melibatkan belanja sebanyak RM1 juta.

“Peruntukan tahun ini selesai diagih. Jadi kita sedang membuat permohonan dana baharu antara RM500,000 hingga RM1 juta bagi membolehkan lebih ramai usahawan dibantu.

“Tahun lalu kita dapat bantu seramai 260 usahawan. Ramai yang memohon dan harap kita dapat bantu semua yang memerlukan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada 71 wakil kuil membabitkan peruntukan berniali RM670,000 semalam.

Program I-Seed dilancar pada 7 April tahun lalu bertujuan meningkatkan taraf ekonomi kaum India melalui pemberian bantuan peralatan bergantung kepada perniagaan yang mereka usahakan.

Antara syarat kelayakan adalah rakyat Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun, individu dan seisi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan dan perniagaan mesti beroperasi di negeri ini.

Selain itu, perniagaan perlu aktif dan konsisten, pemohon atau pasangan (suami/isteri) tidak pernah terima bantuan peralatan di bawah program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor atau program Dana Usahawan Mikro Selangor


Pengarang :