Hampir 400 penduduk melakukan saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan MPS Seri Kundang, Selayang pada 21 Ogos 2022. Foto Facebook Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor
AGENSISELANGOR

Hampir 400 penduduk sertai saringan kesihatan percuma DUN Kuang

SHAH ALAM, 22 OGOS: Hampir 400 penduduk hadir melakukan saringan kesihatan percuma di Dewan MPS Seri Kundang dekat sini, semalam.

Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor menerusi Facebook memaklumkan program Selangor Saring Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang bawah kelolaan Penyelaras DUN Salasiah Disa berjalan lancar.

“Lebih kurang 400 peserta  menjalani saringan kesihatan secara percuma. Terima kasih kepada Salasiah Disa sekalu pengelola, pengurus serta pemudah cara dalam program Selangor Saring,” tulisnya.

Selain DUN Kuang, program sama berlangsung serentak di tiga lagi DUN iaitu Bukit Lanjan, Bandar Utama dan Batu Tiga.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan program yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan barah payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.


Pengarang :