Perasmian Persidangan Wanita Selangor (PWS) 2022 dengan tema Cabaran Wanita Pasca Pandemik: Ke Arah Selangor Saksama, Sejahtera dan Inklusif di Pusat Konvensyen MBSA pada 23 Ogos 2022. Foto Jimmy Wanita Berdaya Selangor
SELANGOR

Persidangan cabaran hidup wanita pascapandemik buka tirai hari ini

SHAH ALAM, 23 OGOS: Persidangan Wanita Selangor (PWS) 2022 dengan tema Cabaran Wanita Pasca Pandemik: Ke Arah Selangor Saksama, Sejahtera dan Inklusif membuka tirai hari ini.

Pengarah Eksekutif Wanita Berdaya Selangor (WBS) berkata persidangan hingga Khamis di Pusat Konvensyen MBSA menjadi platform antara pemegang taruh berkongsi maklumat dan cadangan.

Menurut Rozeeta@Hidayah Ramli topik yang bakal dibentangkan merangkumi sektor ekonomi, kesihatan, pendidikan, budaya seni menerusi pembentangan 31 kertas kerja dan enam poster.

“Persidangan ini menjadi platform perbincangan antara pemegang taruh untuk perkongsian idea, maklumat dan cadangan penambahbaikan.

“Idea yang dibawa semasa pembentangan akan membantu kita membentuk dasar awam terutama yang berkaitan dengan wanita,” katanya.

Terdahulu, EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail merasmikan persidangan berkenaan.

PWS 2022 dijayakan WBS bersama Universiti Selangor (UniSEL) dan Open University Malaysia.

 


Pengarang :