Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika tiba di Mahkamah Persekututuan bagi mendengar hujahan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Mahkamah tolak rayuan Najib, hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta kekal

SHAH ALAM, 23 OGOS: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas perdana menteri itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali,  yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Ahli Parlimen Pekan itu bagi setiap tiga pertuduhan CBT kerana penyelewengan masing-masing RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada dana  SRC.

Najib, 69, pada 8 Disember 2021 gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.


Pengarang :