Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memasang Jalur Gemilang sekitar Dataran Shah Alam sempena bulan kemerdekaan pada 19 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pertunjukan bunga api, artis terkenal sempena Hari Kebangsaan peringkat negeri

SHAH ALAM, 23 OGOS: Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri dijadual berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.

Sambutan diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan artis Erni Zakri dan Black Hanifah, perbarisan, tarian pelbagai bangsa, koir, kawad senyap, tempur tanpa senjata serta pertunjukan bunga api.

Selain itu, program selawat dan munajat yang dipimpin Habib Ali Zaenal Abidin turut diadakan pada jam 4.45 petang.

Kempen sambutan kemerdekaan ke-65 peringkat negeri dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 31 Julai lalu.

Tahun ini, Selangor memilih tema #Kita Selangor Teguh Bersama yang membawa maksud kebersamaan dan keberanian rakyat di pelbagai peringkat dalam menghadapi cabaran melanda.

Amirudin berkata tema sempena sambutan Kemerdekaan peringkat negeri merupakan refleksi rakyat yang sentiasa membangunkan antara satu sama lain.

Beliau memaklumkan sejak kebelakangan ini Selangor kerap diuji dengan pelbagai cabaran namun masih mampu melakar kejayaan.


Pengarang :