Orang ramai menjalani pemeriksaan mata secara percuma melalui program Selangor Saring sempena Jelajah Selangor Penyayang di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN Seri Setia ajak penduduk jalani pemeriksaan kesihatan percuma Sabtu ini

SHAH ALAM, 24 OGOS: Warga Selangor khususnya penduduk di Seri Setia dipelawa untuk menjalani saringan kesihatan percuma di Dewan PKNS Kelana Jaya, Sabtu ini.

Wakil rakyatnya Halimey Abu Bakar berkata program Selangor Saring anjuran Kerajaan Negeri yang dijadual berlangsung jam 9 pagi hingga 3 petang boleh didaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

“Mereka yang berminat juga boleh datang terus ke dewan dan kami akan membantu anda mendaftar.

“Antara saringan yang dilakukan membabitkan penyakit tidak berjangkit seperti jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang. Selain pemeriksaan bagi kanser dan mata,” katanya di Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan program itu yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, barah payu dara, servik, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.


Pengarang :