Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lapan daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 9 malam

SHAH ALAM, 29 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lapan daerah di Selangor sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang serta seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Situasi sama di Kedah meliputi Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong)

Negeri Sembilan pula di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau, Johor (Mersing dan Kota Tinggi) selain Sarawak melibatkan Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :