Orang ramai menyerbu jualan murah barangan asas anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sempena Aidiladha di tapak bazar Ramadan Taman Perwira, Sijangkang, Kuala Langat pada 5 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PKPS: Jualan barangan asas RM5 esok sempena Hari Kebangsaan

SHAH ALAM, 29 OGOS: Orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai barangan asas dengan harga RM5 menerusi Jelajah Ehsan Rakyat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan produk yang dipromosikan sempena Hari Kemerdekaan ke-65 meliputi ayam, ikan, daging import, telur ayam gred B dan beras lima kilogram (kg).

Menurut agensi itu, minyak masak lima kg pula dijual pada harga RM10 sepanjang program berlangsung dari 8 malam hingga 1 pagi.

“Kalau mahu bandingkan harga pasaran, ayam (RM16), ikan pula (RM10), daging import (RM13.90), telur ayam gred B (RM12.90) dan beras lima kg RM13.

“Tapi PKPS jual RM5 sahaja istimewa sempena #Merdeka65,” kata menurut perbadanan itu menerusi Facebook.

Sejak Disember tahun lepas, PKPS menjalankan program jualan murah barangan asas bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga barang.

Pada 25 Julai lalu, EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim memberitahu lebih 80,000 rakyat menerima manfaat melalui program berkenaan.


Pengarang :