Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) dan EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud (tujuh, kanan) bergambar bersama Duta Perpaduan Selangor 2022 pada majlis pelancaran duta tersebut dan muzik video #Kitakanselangor di Wyndham Acmar, Klang pada 30 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

15 belia dilantik Duta Perpaduan Selangor 2022, kukuh kerjasama rakyat

KLANG, 30 OGOS: Seramai 15 individu daripada pelbagai latar belakang dan usia termasuk golongan profesional dipilih sebagai Duta Perpaduan Selangor 2022.

Kesemua mereka turut menerima watikah pelantikan daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam majlis pengenalan di Hotel Wyndham di sini hari ini.

Amirudin juga melancarkan muzik video bertajuk Kita Kan Selangor nyanyian artis terkenal Aliff Satar & The Locos sebagai strategi mempromosi semangat perpaduan.

Duta Perpaduan Selangor 2022 julung kali diadakan bagi melahirkan barisan pimpinan dalam kalangan belia antara 18 hingga 35 tahun sekali gus mengukuhkan kesefahaman rakyat negeri ini.

Permohonan dibuka Mei lalu, mereka yang terpilih akan menjalani siri latihan insentif meliputi teori dan praktikal untuk memperkukuh ilmu dan kemahiran berkisar perpaduan.


Pengarang :